BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Wednesday, September 29, 2010

PROJEK POKOK LIMAU



PPKI SKPM menambah lagi bilangan anak pokok limau kasturi yang sedia ada bagi memastikan projek limau kasturi dapat diteruskan dengan jayanya. Sebelum ini sebanyak 13 anak pokok telah ditanam tetapi hanya 7 pokok sahaja yang hidup dengan subur. Dengan pertambahan 18 lagi anak pokok limau diharap ianya berjaya tumbuh dengan subur. Menurut En Aimran (Guru Pertanian) masalah seperti serangan serangga telah menyebabkan pokok limau mati selain cuaca dan penjagaan yang kurang rapi. Oleh itu masalah-masalah ini akan cuba di atasi bagi memastikan projek ini berjaya. 



Semoga cepat sembuh

Semalam 28 September 2010 adik Norazlan telah selamat dibedah berikutan masalah Appendik . Sehingga hari ini ayahnya En Omar mengesahkan anaknya masih dirawat dan belum dibenarkan pulang. Norazlan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Besar Melaka. Keadaannya dilaporkan stabil. Berikutan itu PPKI SKPM menyeru kepada guru-guru dan staf SKPM yang kelapangan melawatnya, bagi menunjukkan tanda sokongan.  "SEMOGA ADIK NORAZLAN CEPAT SEMBUH" 

Wednesday, September 22, 2010

Selamat berpisah En Hassan

Sekolah kehilangan seorang lagi warga sekolah yang begitu banyak jasanya. En Hassan, Pengawal Keselamatan sekolah mula bertugas dari tahun 1979 di sekolah ini  dan banyak memberikan kerjasama kepaada pendidikan khas bersara wajib pada 17 September 2010. Warga pendidikan khas mengucapkan semoga En Hassan terus berjaya di masa hadapan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

SKPM telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. sambutan begitu meriah dan mendapat kerjasama daripada semua warga sekolah. Murid Pendidikan Khas mengadakan persembahan tarian hindustan yang begitu menghiburkan

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

PPKI SK Parit Melana telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi Kedah pada 27-30 Julai 2010.