BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Thursday, February 28, 2013

KEJOHANAN TENPIN BOWLING ZON ALOR GAJAH

Tahniah kepada pasukan bowling SK Parit Melana di atas penyertaan Kejohanan TenPin Bowling Zon Alor Gajah yang telah berlangsung dengan jayanya di MIBC Ayer Keroh hari ini. Beberapa kejayaan turut dicatatkan dalam kejohanan ini. Antaranya kategori guru, En. Mustaqim mendapat Naib Johan, kategori PPM, En Hafifi mendapat Naib Johan dan kategori murid mendapat JOHAN bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Mereka akan mewakili Pasukan Alor Gajah ke peringkat Negeri Melaka pada masa yang akan ditetapkan kemudian. Sedikit menghampakan bagi kategori murid lelaki yang tidak mendapat sebarang pingat. walaubagaimanapun..... tahniah kepada mereka yang berani menyahut cabaran....... SKPM BOLEH......

     sebelum pertandingan                       Adik Jeslina mendapat Johan
                                                        Kategori Perempuan Bawah 12 tahun

 
    En Mustaqim mendapat N/ Johan     En Hafifi mendapat N/Johan
            Kategori Guru                                     Kategori PPM

Monday, February 25, 2013

LATIHAN KEBAKARAN FASA 1

Loceng kebakaran dibunyikan pada jam 11.15 pagi. Semua warga SKPM berkumpul di padang sekolah. Masa yang dicatatkan adalah 5 minit 49 saat untuk semua berkumpul. Terdapat peningkatan tahap kesedaran murid-murid apabila loceng kebakaran dibunyikan.


Saturday, February 23, 2013

LATIHAN OLAHRAGA

Latihan olahraga giat dijalankan oleh murid-murid Pendidikan Khas pada setiap pagi persekolahan. Latihan difokuskan kepada acara terpilih agar mampu bersaing meraih tempat mewakili Zon Alor Gajah ke peringkat negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada Adik Norsyafiqah Johari kerana dipinjamkan bersama-sama murid aliran perdana untuk menyertai olahraga MSSM peringkat Alor Gajah.

LATIHAN TARIAN

Latihan tarian telah dimulakan sejak 3 minggu lalu sebagai persediaan menyertai pertandingan tarian peringkat Zon Alor Gajah yang akan di adakan tidak berapa lama lagi

Friday, February 15, 2013

Terapi Bowling telah diadakan di MIBC Melaka pada 29 Januari 2013. semua murid melibatkan diri dengan terapi ini. Terapi ini juga dibuat untuk mencungkil bakat murid bagi menyertai pertandingan bowling peringkat kawasan yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Tahniah ............ kepada adik Khairul Sukarni kerana terpilih mewakili Pendidikan Khas Kawasan Alor Gajah ke peringkat Negeri Melaka. Pemilihan telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2013 bertempat di padang SMK Talib Karim.
Tahniah..............

Dari kami warga pendidik SKPM di atas kejayaan murid NOOR FAZILAH BINTI ROSLI atas kejayaan mendapat keputusan yang membanggakan dalam pencapaian UPSR 2012. Terima kasih kepada semua guru pendidikan khas dan aliran perdana "kerana menerima" murid ini untuk diinklusifkan dan mencapai satu keputusan yang membanggakan.

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)    : A
BAHASA MELAYU (PENULISAN)       : A
SAINS                                                     : B
MATEMATIK                                          : B
BAHASA INGGERIS                              : C
KESELURUHAN                                     : 2 A 2 B 1 C

Wednesday, March 28, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform SKPM

Perkhemahan Unit Beruniform SKPM akan diadakan pada 6 - 8 April 2012 bertempat di padang SKPM. seramai 5 murid Pengakap Istimewa akan turut menyertai perkhemahan ini

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Alor Gajah

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Alor Gajah akan diadakan pada 10 April 2012. Murid-murid PPKI SKPM akan mengadakan latihan intensif pada 2 April 2012 sebagai persediaan menghadapi pertandingan tersebut.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka akan diadakan pada 3 - 5 April 2012 di SMK Seri Kota, Melaka. 2 murid dari SKPM terlibat dalam kejohanan ini mewakili Zon Alor Gajah.