BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Thursday, October 27, 2011

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Seramai 4 guru pendidikan khas terlibat dalam program lawatan murid aliran perdana ke Kuala Lumpur.

1) Pn Nazariah
2) Cik Noraida
3) Cik Syarifah Nurmaizarina
4) En Mustaqim

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI

Monday, May 30, 2011

Selamat Bercuti

PPKI SKPM mengucapkan selamat bercuti penggal kepada semua murid dan guru SKPM. kepada guru yang dapat sambung belajar PPG dan PGS diucapkan selamat belajar. Jumpa naik sekolah nanti......

Persembahan murid semasa Mesyuarat Agung PIBG

Tuesday, May 24, 2011

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN

KEPADA MURID-MURID PPKI SKPM DIUCAPKAN SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PENGGAL DENGAN JAYANYA........... BUKTIKAN KEMAMPUAN ANDA

Monday, May 9, 2011

JOHAN TARIAN RAMPAI PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA

Terima kasih dari kami warga PPKI SKPM kepada semua yang terlibat dalam membantu program dalam pertandingan tarian rampai Pendidikan Khas peringkat negeri Melaka yang telah di adakan di dewan MITC Ayer Keroh, Melaka. Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pengurus pasukan serta murid-murid yang bertanding di atas kejayaan mendapat JOHAN dalam pertandingan tersebut.. TAHNIAH.................

Wednesday, April 27, 2011

TAHNIAH DAN SYABAS

Assalamualaikum......

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Zon Alor Gajah kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan bowling Zon Alor Gajah pada 25 /4 yang lalu..... tahniah juga diucapkan kepada warga p.khas SKPM diatas usaha penat lelah memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar selaku tuan rumah atau pengerusi pengelola.... Tahniah diucapkan kepada pemenang yang memnangi pertandingan... buat anak murid pkparitmelana tahniah kepada adik mohd saiful dan adik mohd Rafi kerana mendapat gangsa berpasangan lelaki bawah 14 tahun serta adik Norasyikin yang mendapat perak. semoga tahun hadapan kita akan beroleh keputusan yang lebih membanggakan

Thursday, April 21, 2011

Pertandingan Bowling Zon Alor Gajah

Pertandingan bowling Zon Alor Gajah akan diadakan pada 25/4/2011 bertempat di MIBC Ayer Keroh, Melaka.... setakat ini jumlah penyertaan yang dihantar adalah seramai 106 peserta..... tarikh penyertaan telah pun ditutup.... kepada semua jawatankuasa diharap dapat hadir lebih awal sebelum pertandingan kerana taklimat akan diberikan sebelum pertandingan....... kepada semua guru PPKI SKPM tugas dan amanah yang telah diberikan sebagai sekolah pengelola kita akan cuba laksanakan dengan sebaik mungkin........ insyaallah.....

Latihan Tarian

Terima kasih diucapkan kepada Zon Alor Gajah kerana memilih sekolah SKPM sebagai wakil Zon dalam pertandingan tarian ke peringkat negeri melaka..... dalam masa yang terhad ini insyaallah ... kita akan membuat yang terbaik........ doakan kejayaan kami nanti

PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI

Perkhemahan pengakap istimewa pendidikan khas sedang berlangsung dari 19 - 21 April 2011. Kepada semua murid SKPM dan guru yang terlibat diucapkan selamat berkhemah....... kami sentiasa menyokong anda

Saturday, March 12, 2011

Sukan Olahraga Peringkat Negeri Melaka

Tahniah diucapkan kepada adik Noormasyitah kerana mewakili Zon Alor Gajah dalam kejohanan tersebut. Walaupun tidak berjaya memenangi sebarang pingat namun ianya akan menjadi pencetus semangat kepada guru-guru dan murid-murid PPKI SKPM pada tahun hadapan

Monday, January 10, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KAMI WARGA SKPM MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA MURID-MURID SKPM......KUATKAN AZAM TEGUHKAN SEMANGAT DI TAHUN BARU INI......

TAHNIAH UPSR

SALAM LEMBARAN BARU 2011 BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG DAN WARGA SKPM..... TIDAK TERLEWAT RASANYA PPKI SKPM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA MURID-MURID SEKOLAH INI YANG BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG..... PENINGKATAN DARI 3 ORANG YANG MENDAPAT 5A KEPADA 6 ORANG.TIDAK DILUPAKAN KEPADA MURID PENDIDIKAN KHAS YANG DIINKLUSIFKAN IAITU MOHD AKMAL BIN YUNUS YANG MENDAPAT KEPUTUSAN YANG TURUT MEMBANGGAKAN

BM 1 - B
BM 2 - C
MT   - C
BI     - C
SN    - B