BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Saturday, October 30, 2010

Friday, October 15, 2010

PERTANDINGAN BOWLING ZON ALOR GAJAH

Pertandingan tenpin boling Zon Alor Gajah telah dilaksanakan dengan jayanya. sebanyak 13 program  PPKI telah menyertai pertandingan tersebut. antara acara yang dipertandingkan ialah antara pasangan lelaki/perempuan bawah 11, 14 dan 19 tahun. Juga turut dipertandingkan acara terbuka sindrom down.  PPKI SKPM telah menghantar 2 penyertaan iaitu lelaki dan perempuan bawah 14 tahun. Tahniah diucapkan dari warga PPKI SKPM kepada adik Mohd Saiful dan adik Mohd Safi yang mendapat Johan dalam acara lelaki bawah 14 tahun. Mereka menerima medal dan piala pusingan untuk kategori tersebut. Kepada pasangan perempuan diharap dapat mencubanya lagi pada tahun hadapan.

gaya ada .... tapi belum ok lagi nie..             Gaya sang JUARA..........


    Hadiah disampaikan oleh Ustaz Yahya     Amacam...... ada berani ker?????
    Pegawai Pendidikan Khas JPM


Turut berbangga dengan                           bergambar kenangan sebelum
kejayaan murid                                        bertanding

            Kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan................

Wednesday, October 13, 2010

PROGRAM SISWA BERSAMA PDK

PPKI SPKM telah dijemput oleh PDK Durian Tunggal untuk memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh mereka. Ada beberapa acara yang dipertandingkan dalam acara tersebut. PPKI melekek juga turut serta. Acara yang dipertandingkan seperti membawa bola pimpong menggunakan sudu, membaling bola ke dalam bakul dan mewarna. tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya menyertai dan memenangi pertandingan.





Monday, October 11, 2010

TAHNIAH SKPM

Jutaan tahniah dari kami PPKI SKPM kepada semua warga SKPM kerana berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan Ceria Merdeka peringkat negeri Melaka. Upacara menyerahkan replika hadiah RM 2000 disampaikan oleh GPK 1 kepada Guru Besar SKPM semasa perhimpunan rasmi hari ini. Sesungguhnya PPKI SKPM amat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana PPKI SKPM turut terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Tahniah sekali lagi dari PPKI SKPM. Semoga tahun hadapan kita akan mendapat tempat yang lebih baik. 

Thursday, October 7, 2010

PEMANTAUAN HARI Q

Pada 4/10/10 sekolah telah didatangi oleh 2 orang guru yang telah ditugaskan untuk memantau PPKI Parit Melana untuk pertandingan Hari Q nanti. Walaupun kebanyakannya masih dalam persediaan diharap ianya akan lebih baik pada pemantauan kedua nanti.

Monday, October 4, 2010

Sambutan Hari Raya dan Pelancaran Blog

Pada 2/10/2010 telah diadakan sambutan Hari Raya dan Pelancaran Blog pendidikan khas Zon Alor Gajah. PPKI SKPM turut serta memeriahkan program yang dijalankan.