BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Wednesday, April 27, 2011

TAHNIAH DAN SYABAS

Assalamualaikum......

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Zon Alor Gajah kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan bowling Zon Alor Gajah pada 25 /4 yang lalu..... tahniah juga diucapkan kepada warga p.khas SKPM diatas usaha penat lelah memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar selaku tuan rumah atau pengerusi pengelola.... Tahniah diucapkan kepada pemenang yang memnangi pertandingan... buat anak murid pkparitmelana tahniah kepada adik mohd saiful dan adik mohd Rafi kerana mendapat gangsa berpasangan lelaki bawah 14 tahun serta adik Norasyikin yang mendapat perak. semoga tahun hadapan kita akan beroleh keputusan yang lebih membanggakan

Thursday, April 21, 2011

Pertandingan Bowling Zon Alor Gajah

Pertandingan bowling Zon Alor Gajah akan diadakan pada 25/4/2011 bertempat di MIBC Ayer Keroh, Melaka.... setakat ini jumlah penyertaan yang dihantar adalah seramai 106 peserta..... tarikh penyertaan telah pun ditutup.... kepada semua jawatankuasa diharap dapat hadir lebih awal sebelum pertandingan kerana taklimat akan diberikan sebelum pertandingan....... kepada semua guru PPKI SKPM tugas dan amanah yang telah diberikan sebagai sekolah pengelola kita akan cuba laksanakan dengan sebaik mungkin........ insyaallah.....

Latihan Tarian

Terima kasih diucapkan kepada Zon Alor Gajah kerana memilih sekolah SKPM sebagai wakil Zon dalam pertandingan tarian ke peringkat negeri melaka..... dalam masa yang terhad ini insyaallah ... kita akan membuat yang terbaik........ doakan kejayaan kami nanti

PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI

Perkhemahan pengakap istimewa pendidikan khas sedang berlangsung dari 19 - 21 April 2011. Kepada semua murid SKPM dan guru yang terlibat diucapkan selamat berkhemah....... kami sentiasa menyokong anda