BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Sejarah PPKI

Sejarah penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Parit Melana bermula pada tahun 2001 dengan bilangan dua orang guru dan tujuh orang murid.

Pada awal penubuhannya, kelas ini hanya menumpang di sebuah bilik kesihatan yang serba kekurangan. Pada 7 Januari 2002, Kelas Pendidikan Khas telah mendapat kelas baru di sebuah kuarters guru lama yang telah diubahsuaikan.

Kewujudan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah Kebangsaan Parit Melana yang terdapat di kawasan Durian Tunggal telah menjadi pilihan bagi pelajar-pelajar yang bermasalah Pembelajaran di sekolah ini dan kawasan sekitarnya untuk belajar di Program Pendidikan Khas ini.

Kini setelah sembilan tahun beroperasi terdapat lapan orang guru, empat orang pembantu pengurusan murid dan tiga puluh orang pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti lembam, disleksia, hiperaktif, autisme dan terencat akal. terdapat juga pelajar yang mengalami masalah pendengaran ditempatkan di program ini.

Sebanyak enam buah kelas telah dibuka bagi menempatkan pelajar-pelajar ini dengan bilangan seramai enam orang pelajar bagi setiap kelas, Kini terdapat tiga orang murid telah diinklusifkan sepenuh masa di aliran perdana dalam empat aliran iaitu tahun tiga, lima dan tahun enam.