BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Saturday, February 23, 2013

LATIHAN OLAHRAGA

Latihan olahraga giat dijalankan oleh murid-murid Pendidikan Khas pada setiap pagi persekolahan. Latihan difokuskan kepada acara terpilih agar mampu bersaing meraih tempat mewakili Zon Alor Gajah ke peringkat negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada Adik Norsyafiqah Johari kerana dipinjamkan bersama-sama murid aliran perdana untuk menyertai olahraga MSSM peringkat Alor Gajah.

LATIHAN TARIAN

Latihan tarian telah dimulakan sejak 3 minggu lalu sebagai persediaan menyertai pertandingan tarian peringkat Zon Alor Gajah yang akan di adakan tidak berapa lama lagi

Friday, February 15, 2013

Terapi Bowling telah diadakan di MIBC Melaka pada 29 Januari 2013. semua murid melibatkan diri dengan terapi ini. Terapi ini juga dibuat untuk mencungkil bakat murid bagi menyertai pertandingan bowling peringkat kawasan yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Tahniah ............ kepada adik Khairul Sukarni kerana terpilih mewakili Pendidikan Khas Kawasan Alor Gajah ke peringkat Negeri Melaka. Pemilihan telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2013 bertempat di padang SMK Talib Karim.
Tahniah..............

Dari kami warga pendidik SKPM di atas kejayaan murid NOOR FAZILAH BINTI ROSLI atas kejayaan mendapat keputusan yang membanggakan dalam pencapaian UPSR 2012. Terima kasih kepada semua guru pendidikan khas dan aliran perdana "kerana menerima" murid ini untuk diinklusifkan dan mencapai satu keputusan yang membanggakan.

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)    : A
BAHASA MELAYU (PENULISAN)       : A
SAINS                                                     : B
MATEMATIK                                          : B
BAHASA INGGERIS                              : C
KESELURUHAN                                     : 2 A 2 B 1 C

Wednesday, March 28, 2012

Perkhemahan Unit Beruniform SKPM

Perkhemahan Unit Beruniform SKPM akan diadakan pada 6 - 8 April 2012 bertempat di padang SKPM. seramai 5 murid Pengakap Istimewa akan turut menyertai perkhemahan ini

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Alor Gajah

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Alor Gajah akan diadakan pada 10 April 2012. Murid-murid PPKI SKPM akan mengadakan latihan intensif pada 2 April 2012 sebagai persediaan menghadapi pertandingan tersebut.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka akan diadakan pada 3 - 5 April 2012 di SMK Seri Kota, Melaka. 2 murid dari SKPM terlibat dalam kejohanan ini mewakili Zon Alor Gajah.

Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Zon

Tahniah diucapkan kepada adik Jeslina Izzaty atas kejayaan mendapat tempat kedua dalam pertandingan MTQ peringkat Zon Alor Gajah. Semoga dengan kejayaan ini akan meberikan semangat kepada murid-murid lain untuk berjaya.

Thursday, October 27, 2011

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Seramai 4 guru pendidikan khas terlibat dalam program lawatan murid aliran perdana ke Kuala Lumpur.

1) Pn Nazariah
2) Cik Noraida
3) Cik Syarifah Nurmaizarina
4) En Mustaqim

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI