Loceng kebakaran dibunyikan pada jam 11.15 pagi. Semua warga SKPM berkumpul di padang sekolah. Masa yang dicatatkan adalah 5 minit 49 saat untuk semua berkumpul. Terdapat peningkatan tahap kesedaran murid-murid apabila loceng kebakaran dibunyikan.
Monday, February 25, 2013
LATIHAN KEBAKARAN FASA 1
Saturday, February 23, 2013
LATIHAN OLAHRAGA
Latihan olahraga giat dijalankan oleh murid-murid Pendidikan Khas pada setiap pagi persekolahan. Latihan difokuskan kepada acara terpilih agar mampu bersaing meraih tempat mewakili Zon Alor Gajah ke peringkat negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada Adik Norsyafiqah Johari kerana dipinjamkan bersama-sama murid aliran perdana untuk menyertai olahraga MSSM peringkat Alor Gajah.
LATIHAN TARIAN
Latihan tarian telah dimulakan sejak 3 minggu lalu sebagai persediaan menyertai pertandingan tarian peringkat Zon Alor Gajah yang akan di adakan tidak berapa lama lagi
Friday, February 15, 2013
Terapi Bowling telah diadakan di MIBC Melaka pada 29 Januari 2013. semua murid melibatkan diri dengan terapi ini. Terapi ini juga dibuat untuk mencungkil bakat murid bagi menyertai pertandingan bowling peringkat kawasan yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Tahniah ............ kepada adik Khairul Sukarni kerana terpilih mewakili Pendidikan Khas Kawasan Alor Gajah ke peringkat Negeri Melaka. Pemilihan telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2013 bertempat di padang SMK Talib Karim.
Tahniah..............
Dari kami warga pendidik SKPM di atas kejayaan murid NOOR FAZILAH BINTI ROSLI atas kejayaan mendapat keputusan yang membanggakan dalam pencapaian UPSR 2012. Terima kasih kepada semua guru pendidikan khas dan aliran perdana "kerana menerima" murid ini untuk diinklusifkan dan mencapai satu keputusan yang membanggakan.
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) : A
BAHASA MELAYU (PENULISAN) : A
SAINS : B
MATEMATIK : B
BAHASA INGGERIS : C
KESELURUHAN : 2 A 2 B 1 C
Dari kami warga pendidik SKPM di atas kejayaan murid NOOR FAZILAH BINTI ROSLI atas kejayaan mendapat keputusan yang membanggakan dalam pencapaian UPSR 2012. Terima kasih kepada semua guru pendidikan khas dan aliran perdana "kerana menerima" murid ini untuk diinklusifkan dan mencapai satu keputusan yang membanggakan.
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) : A
BAHASA MELAYU (PENULISAN) : A
SAINS : B
MATEMATIK : B
BAHASA INGGERIS : C
KESELURUHAN : 2 A 2 B 1 C
Wednesday, March 28, 2012
Perkhemahan Unit Beruniform SKPM
Perkhemahan Unit Beruniform SKPM akan diadakan pada 6 - 8 April 2012 bertempat di padang SKPM. seramai 5 murid Pengakap Istimewa akan turut menyertai perkhemahan ini
Pertandingan Boling Pendidikan Khas Alor Gajah
Pertandingan Boling Pendidikan Khas Alor Gajah akan diadakan pada 10 April 2012. Murid-murid PPKI SKPM akan mengadakan latihan intensif pada 2 April 2012 sebagai persediaan menghadapi pertandingan tersebut.
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Melaka akan diadakan pada 3 - 5 April 2012 di SMK Seri Kota, Melaka. 2 murid dari SKPM terlibat dalam kejohanan ini mewakili Zon Alor Gajah.
Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Zon
Tahniah diucapkan kepada adik Jeslina Izzaty atas kejayaan mendapat tempat kedua dalam pertandingan MTQ peringkat Zon Alor Gajah. Semoga dengan kejayaan ini akan meberikan semangat kepada murid-murid lain untuk berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

