BLOG....http://pkparitmelana.blogspot.com EMAIL.... pkparitmelana@gmail.com

Monday, October 11, 2010

TAHNIAH SKPM

Jutaan tahniah dari kami PPKI SKPM kepada semua warga SKPM kerana berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan Ceria Merdeka peringkat negeri Melaka. Upacara menyerahkan replika hadiah RM 2000 disampaikan oleh GPK 1 kepada Guru Besar SKPM semasa perhimpunan rasmi hari ini. Sesungguhnya PPKI SKPM amat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana PPKI SKPM turut terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Tahniah sekali lagi dari PPKI SKPM. Semoga tahun hadapan kita akan mendapat tempat yang lebih baik. 

No comments:

Post a Comment